Isnin, 7 Julai 2008

Peristiwa Subuh Lut

Pagi ni tafsir ayat 59 surah Hud tentang pagi azab bagi kaum Lut diterbalikkan bumi dan dihujani pula dengan batu jokong yang panas membakar. Ingatlah peristiwa subuh setiap kali kita malas untuk bangun solat pagi. Kerana bertuhankan nafsu, subuh mereka penuh ngeri.

Ahad, 6 Julai 2008

malam 4 rejab

mengajar di Nasjid Jamek Kok Keli Selehor. Sempat hurai dua hadis tentang demam Rasul dan larangan menginginkan mati.

Jumaat, 4 Julai 2008

Pagi Penuh Kemeriahan

Alhamdulillah program semalam banyak memberi kesedaran kepada anak Mukim BSB. Pagi ini ramai hadir solat subuh berjemaah, sujud sajadah dan kuliah tafsir. Anggaran 145 orang ahli jemaah yang hadir. pagi ini ana memperkatakan tentang kaum Ad yang diutuskan kepada mereka Hud a.s. Galakan Allah terhadap pertanian. Nabi pernah menyentuh manja tangan sahabat Baginda yang keras kerena kuat bertani seraya berkata inilah tangan ahli syurga. Namun Allah utus ribut taufan 7 hari 8 malam serta menghancurkan `Ad bila pertanian di agung sehingga kufurkan Allah.

Khamis, 3 Julai 2008

Malam Penghulu Segala Hari

malam ni ana tak dibenarkan meninggalkan Masjid untuk meneruskan kuliah mingguan ana di Masjid Man Amana Tanjung Chat Kota Bharu. Kehadiran Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Ustaz Mohd Suhaimi Mohamad, 44 dikepalai oleh ana selaku imam muda. Maghrib, selepas mengimami solat ana telah mempengerusikan majlis Ceramah & Amanat JHEAIK. Satu ceramah yang power juga dan sememangnya layak menyandang jawatan tersebut. seorang ulama dan anak ulama. Ramai yang meminati ceramah beliau. antara isi penting yang disebut ialah kepentingan al-quran dan ilmu. Kebetulan ana buat kuliah quran setiap pg. terus ana promosi di penutup majlis. selepas ceramah diadakan jamuan di rumah imam tua khas untuk tetamu dan ajk masjid.. sup gearbox! srrrupp

Rabu, 2 Julai 2008

Tambahan malam SPM?

Cikgu Irwan penyelaras kelas malam SPM telefon minta tolong hadir juga kelas walaupun duk tengah berkursus sekarang ni. Rasa2 ana guna power point Talak sebab menarik juga ada dua filem cerita tentang kemusnahan rumah tangga dan gaya hidup semborono masyarakat marhein.

Selasa, 1 Julai 2008

Berpagi-pagi Dengan Kesabaran

Alhamdulillah pagi ni imam (ayat kursi dan inna fi khalqi..)disusuli dengan tafsir surah Hud ayat 29-37. Ayat2 pengorbanan dan kesabaran Nuh dipukul seakan2 mati, dikafan dengan guni dicampak ke dalam rumahnya tapi keesokan pagi berdakwah lagi. Usianya panjang dan banyak keturunan degil diseru dengan tabah. Ibn Abbas cerita- seorang ayah tua berjalan dengan anak lelakinya bila terserempak dengan nabi Nuh terus berkata 'Hai anakku! jangan kau terpedaya dengan orang tua jahat ini! kehidupannya penuh dengan tipu daya. lalu si anak meminta tongkat si ayah, memukul Nabi Nuh sehingga patah2. Ada juga yang bertindak mencekik Baginda sehingga jatuh pengsan tak bernafas.. bila Baginda sedar hanya lafaz doa.. Allah! Ampunkan ummatku.. mereka masih tak tau.

Isnin, 30 Jun 2008

Malam Cambah Iman


Kongsi ilmu dengan anak-anak mukim Bunut Sarang Burung. Kehadiran 98 orang terdiri daripada pelbagai tahap umur dan kebanyakkannya sudah semestinya di usia senja. Bercakap perihal solat berjamaah, hak2 Allah dan apa perlu kita buat bila berjiran dengan masjid. takrif jiran dan tuntutan2nya. Cuba untuk habiskan topik ini tapi waktu tak mengizinkan terpaksa singgah walau berbaki 7 baris shj untuk ditutup pintu 'jamaah' dan berpindah ke pintu 'jumaat'. Ayat lazim solat maghrib `At-Takathur' dan `An-Nasr', Isya Al-Hasyar

Petang dan SK Biak




Petang bermula jam 2.30 salah seorang pensyarah masuk dan berkongsi pengalaman di SK Biak. Sambil sesi bergambar diteruskan..




Peserta Kursus Pembestarian Sekolah Kelantan 2008





bestari minggu 3 2008


hari ni belajar buat blog.. alhamdulillah

Sentuhan Cinta Pagi


Assalamualaikum wbt..

pagi ini macam biasa kuliah tafsir yang ana sampaikan di masjid ana BSB surah Hud ayat 13 ana sentuh perangai manusia yang suka menyeleweng dan mereka cipta jalan hidupnya sendiri mengikut hawa nafsu dan kehendak serakahnya tanpa menghiraukan amaran Allah. Manusia sebegini juga akan menghalang orang lain dari berlaku baik dan memakmurkan alam dengan kebaikan dan keadilan islam. Allah menetapkan bahawa mereka akan diazab dengan azab yang tak mampu ditangkis lagi.